SELASA, 23 NOVEMBER 2021
LAWAS: Masalah dadah merupakan masalah yang sangat penting untuk ditangani bersama.
Pengerusi Biro Agama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak yang mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Jamaluddin Taim berkata, setiap masyarakat perlu sentiasa peka dan mengikuti perkembangan semasa kerana pelbagai cara boleh digunakan untuk mengedar dadah pada masa ini.
“Kita kena sentiasa mengikuti perkembangan semasa kerana pelbagai cara digunakan untuk mereka mengedar dadah sekarang.
“Kita di Jabatan agama mempunyai kaunselor yang terlatih untuk menangani penyalahgunaan dadah ini.
“Dadah juga antara sebab kepada berlakunya jenayah yang berat yang selalu kita baca di berita-berita.
“Sesuatu harus dilakukan antaranya memberi kesedaran kepada mereka yang berkenaan,”katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penangguhan Seminar Kesedaran Penyalahgunaan Dadah di Institut Latihan Islam Malaysia, Lawas (JAKIM) pada Sabtu
Jamaluddin berkata lagi, bukan sahaja melihat kepada penyalahgunaan dadah tetapi juga kesan kepada keluarga dan masyarakat.
Ujar beliau, ini antara sebab institusi keluarga runtuh disebabkan penyalahgunaan dadah.-EDISI UKAS