10 KIR Kampung Senibong Jalani Kuarantin Di Rumah Terima Sumbangan Makanan

SELASA, 23 NOVEMBER 2021

LUNDU: Seramai 10 Ketua Isi Rumah di Kampung Senibong yang menjalani kuarantin di rumah menerima bantuan bakul makanan pada Selasa.

Penyerahan sumbangan telah dilakukan oleh Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Opar Kaunselor Niponi Undek.

Dalam pada itu, sumbangan makanan dan minuman untuk gotong-royong Kampung Senibong turut diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Goh Kim Tee.

Di samping itu, turut dibincangkan adalah mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang turut dihadiri oleh seramai 20 ahli jentera GPS Opar.-EDISI UKAS