Datuk John Sikie Dapat Sokongan AJK Bahagian PRS Kakus Untuk Dicalonkan Semula Pada PRN-12 Sarawak

JUMAAT, 26 NOVEMBER 2021

SELANGAU: Seramai 20 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Parti Rakyat Sarawak (PRS) Kakus menyokong Datuk John Sikie Tayai dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak akan datang.

Mewakili PRS Kakus Tuai Rumah Gilbert Ngadi Malaka @ Melaka berkata, beliau memberikan sokongan penuh kepada Datuk John Sikie untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus pada PRN12 Sarawak kelak.

“Kami memilih beliau sebagai calon dan tidak menyokong mana-mana calon lain.

“Kami tidak menerima penganti lain untuk mempertahankan kerusi PRS dan GPS dari DUN Kakus,” katanya.

Ujar beliau lagi, Datuk John Sikie sangat layak untuk dicalonkan semula berdasarkan rekod cemerlangnya sebelum ini.

“Beliau merupakan pemimpin berjiwa rakyat kerana hampir setiap minggu berada di kawasan.

“Anda semua boleh hadir menyemak jadual beliau berada di kawasan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kakus ini.

“Tahun ini sahaja lebih 150 kali tempat yang beliau pergi untuk hadir lawatan kerja atau program rasmi kerajaan,” tambahnya lagi.-EDISI UKAS

add comment