Persatuan Tuai Rumah Beluru-Marudi Sokong Datu Dr Penguang

JUMAAT, 26 NOVEMBER 2021

BELURU: Persatuan Tuai Rumah Beluru-Marudi menyokong kepimpinan Menteri Muda Kerajaan Tempatan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak akan datang. 

Menurut Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Beluru-Marudi Tuai Rumah Gumbang Tia, prestasi yang ditunjukkan Datu Dr Penguang sepanjang menjadi wakil rakyat di DUN Marudi sangat cemerlang. 

“Lantaran itu, saya menyeru penduduk di kawasan DUN Marudi untuk terus memberikan sokongan padu kepada Datu Dr Penguang pada PRN-12 Sarawak akan datang,” katanya dalam ucapan aluan‘Program Jerayawara “Segulai Sejalai Sepenemu’ di Dewan Masyarakat Beluru pada Rabu. 

Sementara itu, Datu Dr Penguang ketika berucap berkata, Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah banyak membawa pembangunan dan mengubah keadaan penduduk di DUN Marudi. 

Justeru, tiada sebab untuk masyarakat di DUN Marudi untuk terus menyokong GPS pada PRN-12 Sarawak akan datang. 

“Perubahan pembangunan yang dilaksanakan di kawasan DUN Marudi adalah selaras dengan dasar dan agenda pembangunan yang memberi manfaat kepada penduduk. 

“Pelaksanaan pembangunan menerusi GPS yang berjaya harus disokong dan diberikan peluang untuk terus menerajui kepimpinan Kerajaan Sarawak,” ujarnya. 

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Alexander Asing, Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai, Ketua Masyarakat Kaum Iban Daerah Beluru Pemanca Enggah Muga, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Beluru-Marudi Tuai Rumah Gumbang Tia dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia