Teruskan Menyokong Calon GPS Pada PRN-12 Sarawak Akan Datang

AHAD, 28 NOVEMBER 2021

BA’KELALAN: Penduduk di kawasan Pangi ini merupakan kubu kuat kepada calon Parti Demokratik Progresif (PDP) pada setiap pilihan raya. 

Menurut Presiden PDP Dato’ Sri Tiong King Sing, beliau berasa senang hati bertemu dengan penduduk di Pangi yang merupakan penduduk majoriti Kedayan. 

“Kawasan ini merupakan antara Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang telah memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya diadakan sebelum ini .

“Justeru, pengundi di sini perlu terus memberikan sokongan kuat kepada calon kita Sam Laya nanti,” katanya semasa berucap Pemimpin Bersama Rakyat di DUN Ba’kelalan baru-baru ini. 

Dalam perjumpaan itu, beliau telah memperkenalkan Sam Laya sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang ini. 

DUN Ba’kelalan sebelum ini telah diwakili Baru Bian selama dua penggal.

Hadir sama Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Robert Ayu dan Sam Laya-EDISI UKAS

add comment