Kerajaan GPS Terus Bangun Kemudahan Infrastruktur Di Luar Bandar

ISNIN, 29 NOVEMBER 2021

SRI AMAN: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membangunkan kemudahan infrastruktur kepada rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Menteri Muda Belia Dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, rakyat perlu terus menyokong GPS bagi meneruskan kesinambungan pembangunan di negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Balai Raya Kampung Batu Rentap Kedumpai pada Ahad.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin itu menambah, balai raya tersebut dibina pada tahun 2019 dan telah siap pada pertengahan tahun 2020.

Katanya, ia akan memberikan manfaat kepada masyarakat setempat bagi mengadakan aktiviti mereka. -EDISI UKAS

add comment