ISNIN, 29 NOVEMBER 2021
MUKAH : Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah telah menghadiri Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Kampung Kuala Hilir Oya, Bahagian Mukah, Sarawak pada Jumaat.
Projek tersebut yang diberi peruntukan sebanyak RM14.8 juta yang dilaksanakan oleh kontraktor Kurnia Technology Resources Sdn. Bhd dan dijangka siap pada November 2023.
Dalam pada itu, Dato Sri Fatimah memberitahu, beliau berhasrat tempat tersebut akan menjadi tarikan pelancong dan juga menjadi tarikan untuk penggemar pantai.
Selain itu, ia bukan sahaja untuk mengelakkan hakisan malah ianya dapat juga mengelakkan kayu kayan serta sampah menuju ke pantai.
Dalam pada itu, Penghulu Pawi Ramli yang mewakili penduduk menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Sarawak khasnya Dato Sri Fatimah kerana sentiasa memberikan kerjasama sehingga tercapainya permohonan tersebut.-EDISI UKAS