50 Golongan Warga Emas dan Ibu Tunggal Terima Sumbangan Bantuan Bakul Makanan Sempena Program Ziarah UKAS

SELASA, 30 NOVEMBER 2021

GEDONG: Sebanyak 16 buah kampung melibatkan 50 orang penerima terdiri daripada golongan warga emas dan  golongan ibu tunggal bagi DUN Gedong menerima sumbangan bakul makanan sempena Program Ziarah UKAS pada Selasa.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Kaunselor selaku Ketua Zon 2 Pangkor yang mewakili Datuk Mohd Naroden Majais, Mohd Izzudin Abdullah dan ia diserahkan kepada setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing bagi mewakili 50 orang penerima yang telah disenaraikan bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Lubuk Buntin.

Kaunselor Izzudin Abdullah mengucapkan terima kasih kepada pihak Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) kerana telah menganjurkan program seumpama ini dan dengan bantuan ini sedikit sebanyak mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh penduduk di kawasan itu.

Untuk itu, beliau juga berharap Program Ziarah UKAS ini boleh diteruskan pada masa akan datang serta dapat diperluaskan lagi di kawasan DUN N26 Gedong.

Sementara itu, wakil kepada penerima ketika ditemui, merakamkan penghargaan di atas bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan dan pihak UKAS.

Hadir sama, Ketua Wanita Cawangan Zon 2 Pangkor Maliah Daud, Ketua Kampung Lubok Buntin, Aju Pet, Ketua Kampung Lubok Punggor, Zakaria Lasit, Ketua-Ketua Ranting , Pemuda dan JKKK Zon Pangkor.-EDISI UKAS

add comment