900 Pelajar Terima Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak Tahun 2021

SELASA, 30 NOVEMBER 2021

LUBOK ANTU: Seramai 900 orang pelajar melibatkan dua buah sekolah menengah dan 28 buah sekolah rendah  dari daerah Lubok Antu dan daerah kecil Engkilili menerima Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak 2021 pada Isnin.

Penyerahan baucar diadakan di Dewan Pemancha Chua Teng Yew dan disampaikan oleh Pegawai Tadbir Khas (PTK), Jack Meredan bagi mewakili Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak merangkap mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.

Bantuan tersebut adalah inisiatif Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan. –EDISI UKAS

add comment