Penduduk Rumah Panjang Terus Sokong Dato’ Sri Huang

SELASA, 30 NOVEMBER 2021

REPOK: Pengundi dalam kalangan penduduk rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap penyandang kerusi DUN berkenaan, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Mereka menyuarakan sokongan itu semasa kunjungan Dato’ Sri Huang ke dua rumah panjang di situ pada Isnin yang diselaraskan oleh Tuai Rumah Anthony bagi Zon A dan Tuai Rumah Setia bagi Zon B.

Lawatan itu juga memperlihatkan keprihatinan Dato’ Sri Huang dalam mendalami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk rumah panjang di situ.

Untuk rekod, lawatan berkenaan dianjurkan oleh SUPP Repok sebagai tanda terima kasih Dato’ Sri Huang atas sokongan pengundi iban sepanjang beliau menjadi wakil rakyat di Repok.

Lawatan ini juga bertujuan menarik sokongan penduduk rumah panjang yang melibatkan pengundi kaum iban terhadap Dato’ Sri Huang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN12) akan datang.

Lawatan itu juga merupakan kali pertama diadakan selepas pembubaran DUN dan pengumuman tarikh PRN.

Pihak SUPP mengambil inisiatif awal untuk membuat lawatan ke rumah panjang sementara SOP PRN belum dikuatkuasakan.

Sebanyak 21 buah rumah panjang telah dilawati oleh parti SUPP dalam lawatan tersebut.-EDISI UKAS

add comment