Rumah Ibadat, SK Long Jegan Terima PPE Dalam Program Ziarah UKAS

SELASA, 30 NOVEMBER 2021

BARAM: Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) telah diadakan di Kampung Long Jegan A, Tinjar pada Ahad.

Dalam program tersebut, Gereja Kebangkitan Tuhan Kampung Long Jegan A, Gereja St Patrick Kampung Long Jegan B dan Sekolah Kebangsaan Long Jegan, Tinjar menerima Peralatan Perlindungan Diri (PPE).

Antara peralatan yang diberi adalah mesin semburan sanitasi, cecair pembasmi kuman, pelitup separuh muka dan hidung serta alat pemeriksa suhu.

Selain itu, bersempena dengan program ziarah UKAS tersebut, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil,  juga telah menyerahkan sumbangan tunai berjumlah RM2,000 kepada penduduk Kampung Long Jegan untuk sambutan Perayaan Hari Natal tahun ini. 

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Penghulu kawasan Tinjar, Patrick Jelaman yang mewakili Datu Dr Penguang.-EDISI UKAS

add comment