SELASA, 30 NOVEMBER 2021
SIBUTI : Sebanyak 201 keluarga dari Kampung Lambir dan Rumah Panjang Linggie menerima kit keselamatan melalui Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Ahad.
Daripada jumlah berkenaan 104 buah keluarga adalah dari Kampung Lambir dan 97 buah keluarga pula dari Rumah Panjang Lenggie.
Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Dr. Ripin Lamat di Perkarangan Tapak Rumah Ketua Kampung Arabi Awet dan Rumah Panjang TR Linggie dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Dr. Ripin semasa berucap terus mengingatkan para penduduk untuk terus mematuhi SOP dan mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin dos penggalak untuk melindungi diri dan orang sekeliling.-EDISI UKAS