12 Rumah Ibadat Di DUN Pantai Damai Terima Mesin Pembasmi Kuman Dalam Program Ziarah UKAS

RABU, 01 DISEMBER 2021

KUCHING: Sebanyak 12 rumah ibadat terpilih untuk menerima sebuah mesin pembasmi kuman berserta dengan larutan pembasmian kuman dalam Program Ziarah UKAS di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai yang terbahagi kepada tiga zon.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Naib Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai, Ramli Apot bagi mewakili Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Air) yang juga mantan ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi kepada wakil penerima bertempat di Surau Al Khautar, Taman Puteri, di sini pada Selasa.

Barangan sanitasi tersebut amat penting bagi rumah ibadat yang telah beroperasi pada masa kini untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19, selain dapat memastikan rumah ibadat selamat dan bebas daripada risiko penularan.

Dalam pada itu, para penerima sumbangan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak dan UKAS yang prihatin terhadap keperluan yang amat penting ini bagi setiap rumah ibadat untuk mengelak daripada penularan wabak COVID-19.-EDISI UKAS

add comment