DBKU Dan PDRM Sedia Kerjasama Dalam Usaha Memperkasakan Penguatkuasaan

RABU, 1 DISEMBER 2021

KUCHING : Ketua Polis Daerah Kuching, YDH ACP Ashmon Bajah telah membuat kunjungan hormat keatas Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Datu Junaidi Reduan di Pejabat beliau di Bukit Siol pada Rabu. 

Kunjungan hormat tersebut telah berlangsung selama dua jam di antara pihak DBKU dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membincangkan mengenai kerjasama dalam usaha memperkasakan Bahagian Penguatkuasa bagi mengharungi tugasan dan cabaran pada masa kini.

Dalam pada itu, Datuk Bandar juga sempat membawa pelawat bagu meninjau aras tertinggi bangunan DBKU untuk melihat Bandaraya Kuching.-EDISI UKAS

add comment