Empat Masjid Terima Sumbangan Melalui Program Ziarah UKAS

RABU, 1 DISEMBER 2021

TANJUNG MANIS: Empat buah masjid di kawasan Tanjung Manis telah menerima sumbangan melalui Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Selasa. 

Simbolik penyerahan sumbangan yang berupa berupa mesin pembasmi kuman, pelitup mulut dan cecair sanitasi tangan telah disempurnakan oleh Pembantu Tadbir UKAS Bahagian Sarikei, Razali Jidi. 

Dalam pada itu, program tersebut bertujuan bagi terus memastikan institusi masjid selamat untuk beribadah dan bebas dari sebarang jangkitan COVID-19.

Antara masjid yang menerima sumbangan tersebut ialah Masjid Darul Arqam, Kampung Belawai, Masjid Al- Haj, Kampung Jerijih, Masjid Darul Ibadah, Kampung Rajang dan Masjid Al Firdaus, Bandar Baru Tanjung Manis.

Sehubungan itu, jawatankuasa masjid menzahirkan ucapan terima kasih kepada UKAS atas sumbangan tersebut. – EDISI UKAS

add comment