Sarawak Punyai Kadar Pemberian Dos Penggalak Tertinggi Di Malaysia

RABU, 1 DISEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kadar pemberian dos penggalak yang paling tinggi dalam Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, seramai 620,180 atau 30.4 peratus penduduk dewasa telah menerima vaksin ini setakat 27 November 2021.

“Sarawak merupakan negeri pertama yang melaksanakan pemberian suntikan dos penggalak dan dos tambahan kepada populasi yang layak pada 13 Oktober 2021.  

“Sehingga 27 November 2021, seramai 620,180 atau 30.4 peratus penduduk dewasa telah menerima vaksin ini.

“Jumlah penduduk sasaran bagi dos penggalak dan dos tambahan ini adalah 2,042,700 individu,” katanya dalam Dewan Rakyat pada Isnin, bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi mengenai sejauh manakah Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan bagi negeri Sarawak dan Parlimen Igan.

Dato’ Dr. Noor Azmi memberitahu lagi, setakat 27 November 2021, seramai 2,155,180 atau 76.5 peratus penduduk Wilayah Sarawak telah diberikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos manakala 2,113,530 atau 75 peratus telah diberikan vaksin dos lengkap.

“Seramai 1,895,532 atau 92.8 peratus penduduk dewasa di negeri Sarawak berumur 18 tahun ke atas telah diberikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos manakala 1,859,794 atau 91.1 peratus telah diberikan vaksin dos lengkap.

“Seramai 259,648 atau 88.6 peratus penduduk remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah diberikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos manakala 251,736 atau 85.9 peratus telah diberikan vaksin dos lengkap.

“Ini menjadikan keseluruhan seramai 2,155,180 atau 76.5 peratus penduduk Wilayah Sarawak telah diberikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos manakala 2,113,530 atau 75.0 peratus telah diberikan vaksin dos lengkap,” ujarnya.

Tambah beliau, bagi kawasan Parlimen Igan, setakat 26 November 2021, secara keseluruhannya seramai 31,254 atau 86.6 peratus penduduk di kawasan Parlimen Igan telah diberikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos manakala 31,127 atau 86.2 peratus telah diberikan vaksin dos lengkap.

“Seramai 27,266 atau 87.1 peratus penduduk dewasa di kawasan Parlimen Igan berumur 18 tahun ke atas telah diberikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos manakala 27,197 atau 86.9 peratus telah diberikan vaksin dos lengkap.

“Seramai 3,988 atau 83.1 peratus penduduk remaja berumur 12 hingga 17 tahun di kawasan Parlimen Igan telah diberikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos manakala 3,930 atau 81.9 peratus telah diberikan vaksin dos lengkap.

“Ini menjadikan keseluruhan seramai 31,254 atau 86.6 peratus penduduk di kawasan Parlimen Igan telah diberikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos manakala 31,127 atau 86.2 peratus telah diberikan vaksin dos lengkap,”jelas beliau lagi.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia