DBKU Peruntukan RM400,000 Bina Baharu Pusat Penjaja Jalan Pinang Jawa

KHAMIS,2 DISEMBER 2021

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kini sedang dalam proses memberi nafas baharu bagi kawasan di sekitar Jalan Pinang Jawa dengan memindah serta menyediakan penempatan sementara kepada para penjaja di sepanjang jalan tersebut.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata penjaja telah bersetuju untuk dipindahkan dan ditempatkan dengan kawasan penempatan sementara di hadapan pusat penjaja Semarak di kawasan itu.

“Sebanyak lebih RM400,000 telah diluluskan dalam Belanjawan 2022.

“DBKU kini dalam proses memuktamadkan pelan tindakan dan penempatan sementara yang dijangka akan dapat direalisasikan pada awal tahun 2022,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Hari Inovasi dan Intergriti Serta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja DBKU pada Khamis

Dalam pada itu, beliau menambah dengan inisiatif tersebut, para peniaga akan menjana semula pendapatan mereka setelah terjejas akibat pandemik COVID-19 dan akan merasai persekitaran yang lebih kondusif dan teratur disamping mengatasi isu kesesakan lalu lintas dan keselamatan serta kebersihan di kawasan itu.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia