Kecemerlangan DBKU Harumkan Nama Sarawak, Malaysia

KHAMIS, 2 DISEMBER 2021

KUCHING: Kecemerlangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Menurut Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, terbaru DBKU telah mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia dalam  pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan beberapa pertandingan lain di peringkat antarabangsa.

“Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PROBE DBKU dengan tajuk projek “Penutup Parit Mudah Laras (Adjustable) – MHCI1” telah mengharumkan nama DBKU, Sarawak dan Malaysia apabila berjaya mendapat Anugerah PAR EXCELLENCE.

“DBKU juga telah mendapat Anugerah ASEAN Clean Tourist CITY Standard (2022-2024) Peringkat Kebangsaan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Inovasi dan Intergriti Serta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja DBKU di Hotel Imperial pada Khamis.

Dalam pada itu, DBKU terus melakar satu lagi kejayaan apabila dinobatkan sebagai Winner of Award Category: The World Health Organisation (WHO) Regional Director’s Recognition Award Ceremony semasa 9 AFHC Conference di Hong Kong yang telah diadakan pada 5 November 2021.-EDISI UKAS

add comment