Seminar Pemerkasaan Peranan Dan Tanggungjawab KMKK Amat Penting Jadi Platform Kepada Tuai Rumah

KHAMIS, 2 DISEMBER 2021

TATAU: Seminar Pemerkasaan Peranan dan Tanggungjawab Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) amat penting menjadi platform kepada tuai-tuai rumah.

Menurut Menteri Muda (Undang Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai, ia penting bagi mendapatkan maklumat untuk memajukan rumah panjang  di bawah seliaan mereka.

“Seminar seperti ini amat penting menjadi platform kepada tuai tuai rumah untuk mendapatkan banyak maklumat untuk memajukan rumah panjang  dibawah seliaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program tersebut bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus di Rumah Ulen, Tekalit, Tatau pada Isnin.

Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa KMKK Daerah Tatau itu telah diadakan ceramah daripada Jabatan Bomba  dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tatau, Klinik Kesihatan Tatau dan Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh.

Dalam pada itu, seramai 50 orang Tuai Rumah dan Ketua Kampung di Tatau menerima Sijil Perlanjutan dan Sijil Lantikan Baharu Tuai-Tuai Rumah.-EDISI UKAS

add comment