KHAMIS, 2 DISEMBER 2021
REPOK: Ahli-ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Repok mengambil inisiatif melakukan lawatan ke kawasan perumahan Jalan Entiba, Jalan Hock Seng Lee dan Jalan Fortune pada Rabu bagi meninjau masalah yang dihadapi oleh penduduk perumahan.
Lawatan anjuran SUPP Repok itu juga bertujuan menyatakan tanda terima penyandang kerusi di DUN berkenaan, Dato’ Sri Huang Tiong Sii terhadap sokongan pengundi sepanjang beliau menjadi wakil rakyat di situ.
Pada masa sama, ia juga sebagai medium untuk menarik sokongan pengundi semua kaum di situ terhadap Dato’ Sri Huang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) akan datang.
Dalam pada itu, penduduk perumahan yang dilawati memberikan reaksi positif dan sokongan penuh kepada Dato’ Sri Huang untuk terus menjadi wakil rakyat di kawasan DUN Repok. – EDISI UKAS