Kerjasama Empat Klinik Swasta Dan PICK Buka PPV Intergrasi Di Dua Pusat Membeli Belah Di Kuching

AHAD, 5 DISEMBER 2021

KUCHING : Empat klinik swasta telah mengendalikan secara bersama Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi meningkat dan mempercepatkan kapasiti vaksinasi rakyat di negara ini.

Antaranya ialah, Klinik Tang Satok dan PMG Medical Clinic akan mengendalikan PPV Intergrasi di Mydin Mall, Petrajaya manakala, Kang Family Clinic dan Medsense Family Clinic di Aeroville Mall, Stutong yang bermula pada 6 Disember ini.

Sementara itu, waktu operasi adalah dari 9 pagi sehingga 5 petang bagi yang mempunyai temujanji melalui aplikasi MySejahtera.

Manakala, bagi yang hadir secara terus boleh hadir hanya selepas jam 2 petang dan terhad bagi penerima vaksin jenis Pfizer sahaja.-EDISI UKAS

add comment