i- Saintex 3.0  Dan Festival MESTR Stem Pupuk Bakat Sektor Ciptaan Dan Inovasi

ISNIN, 06 DISEMBER 2021

SIBU : Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Micheal Manyin Jawong telah merasmikan dengan jayanya Majlis Pelancaran i- Saintex 3.0  (International Sarawak Innovation Technology Exposition) 3.0 dan MESTR STEM Festival 2021 di Dewan Kuliah C, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Sibu, pada Sabtu.

Berucap di majlis perasmian tersebut, Datuk Amar Michael Manyin berkata, beliau gembira kerana UTS telah memeriahkan acara ini dan menyokong pameran, pertandingan dan simposium yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. 

“Ini menggalakkan inovasi untuk manfaat semua. Di peringkat negeri, kami sentiasa menyokong projek-projek ini terutamanya apabila ia menampilkan perkongsian tiga pihak industri akademik dan kerajaan.

“Kerajaan negeri sebelum ini telah menganjurkan pelbagai acara seumpama itu untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang nilai kreativiti dan inovasi seperti Minggu Inovasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PANS).”

Sementara itu, Presiden UTS, Prof Datuk Dr. Khairuddin Abdul Hamid berkata, I-Saintex 3.0 ialah medan pertempuran yang aman untuk pencipta, merangsang dan memupuk bakat tempatan dalam sektor ciptaan dan inovasi manakala festival MESTR-STEM, membantu sekolah dalam mempromosikan sains, teknologi, bahasa Inggeris dan matematik. 

Turut sama menyempurnakan perasmian program tersebut ialah Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr. Annuar Rapaee. – EDISI UKAS

add comment