PRN-12: Azizul Adenan Berdepan Calon PBK, PSB Dan Bebas

ISNIN, 6 DISEMBER 2021

LUNDU: Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak (PRN-12) bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan calon baharu, Azizul Annuar Adenan untuk menggantikan penyandangnya Datuk Amar Jamilah Anu bagi mempertahankan kerusi DUN N.3 Tanjong Datu.

Manakala tiga calon yang turut bertanding adalah Abdul Talip Ba’ee iaitu calon Bebas mengunakan lambang kapal terbang, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) menamakan Jary’in Fauzi sebagai calon parti tersebut dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) pula diwakili Goem Pijar.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan DUN N. 03 Tanjong Datu, Gustian Durani telah mengumumkan nama calon yang bertanding pada pukul 10.30 pagi Isnin selepas proses penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu.

Pada PRN-11 lalu, Datuk Amar Jamilah Anu menyandang kerusi itu dengan undi majoriti 6,753 undi selepas kematian arwah Adenan yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 11 Januari 2017. -EDISI UKAS

add comment