PRN SARAWAK: Empat Calon Baru Rebut Kerusi DUN Tellian

ISNIN 6 DISEMBER 2021

MUKAH: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.57 Tellian bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) 18 Disember ini.

Menarik kali apabila keempat-empat parti yang bertanding mempertaruhkan muka baru bagi merebut kerusi berkenaan.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan Royston Valentine, calon muda yang berumur 35 bagi menggantikan mantan DUN Tellian, Yussibnosh Balo.

Calon GPS akan dicabar calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Sait Junaidi; Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Arwin Lim Abdullah dan Parti Bumi Kenyalang (PBK), Zainuddin Budug.

Royston tiba di Tempat Penamaan Calon, Ruang Taklimat, Tingkat 1, Menara Pehin Setiaraja Mukah diiringi Pencadang, Jay Keram dan Penyokong, Anderson Kalong Pandong.

Pencalonan Sait Junaidi dicadang oleh Jasni Ramli dan disokong Yunus Zunaidi manakala Mohd Arwin Lim Abdullah dicadangkan oleh Norawie Lusang dan disokong Lila Gume.

Sementara Zainuddin dicadangkan oleh Gereda dan disokong Phua Boon Kiong.-EDISI UKAS

add comment