PRN Sarawak: Perebutan Empat Penjuru Di DUN Kuala Rajang

ISNIN, 6 DISEMBER 2021

KUALA RAJANG: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang bakal menyaksikan pertembungan sengit empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) pada 18 Disember ini.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datu Talif @Len Salleh akan dicabar dua calon bebas, Dato Sri Abang Aditajaya Abang Alwi dan Abdul Mutalip Abdullah.

Seorang lagi pencabar, Wong Ling Ching yang bertanding di atas tiket Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Datu Len Talif yang merupakan penyandang kerusi DUN Kuala Rajang tiba di Tempat Penamaan Calon, Dewan IKS Tanjung Manis bersama Pencadang, Pengiran Omar Ali dan Penyokong, Gelima Naok.

Dato Sri Abang Aditajaya kelahiran Sibu diiringi Pencadang, Abdullah Hamat dan Penyokong, Arbaie Bakree manakala Abdul Mutalip dari Sarikei bersama Pencadang, Abdul Kadir Abdullah dan Apil Julak sebagai penyokong.

Wong Ling juga dari Sibu tiba bersama Pencadang, Suhaini Sama dan Penyokong, Hazaria Hipni.

Keadaan semasa penamaan calon tenang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dan proses penyerahan borang pencalonan berjalan lancar. – EDISI UKAS

add comment