PRN12 Sarawak: 349 Calon Kemuka Kertas Pencalonan

ISNIN, 6 DISEMBER 2021

KUCHING: Seramai 349 calon telah mengemukakan kertas pencalonan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak di semua 82 DUN pada Isnin. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu terdiri daripada 11 parti politik termasuk Bebas. 

“Selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10:00 pagi seramai 349 calon mewakili pelbagai parti disahkan bertanding dalam PRN12 Sarawak. 

“SPR telah menerima dan mengesahkan sebanyak 349 kertas penamaan yang layak bertanding bagi PRN12 Sarawak daripada pihak-pihak berikut seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) 82 calon, Parti Bumi kenyalang (PBL) 73 calon, Parti Sarawak Bersatu (PSB) 70 calon, Parti Keadilan Rakyat (PRK) 28 calon, Parti Tindakan Demokratik (DAP) 26 calon, Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) 15 calon, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Parti Amanah Negara (AMANAH) 8 calon, Parti Sedar Rakyat Saraak (SEDAR), Parti Islam SeMalaysia (PAS) 1 calon dan Bebas 30 calon,” katanya dalam Sidang Media Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak di Wisma Persekutuan Malaysia, Simpang 3 pada Isnin. 

Dalam sidang media sama, beliau turut memaklumkan terdapat dua kertas penamaan calon telah ditolak di DUN N.44 Jemoreng dan DUN N.75 Senadin masing-masing dari PBK dan calon Bebas. 

Tambah Datuk Abdul Ghani lagi, PRN12 Sarawak kali menyaksikan pertandingan sehingga 8 penjuru di DUN Dudong. 

“Secara keseluruhannya, bilangan pertandingan mengikut penjuru adalah seperti berikut dua penjuru 4 DUN, 3 penjuru 13 DUN, 4 penjuru 33 DUN, 5 penjuru 24 DUN, 6 penjuru 7 DUN dan 8 penjuru 1 DUN. 

Sementara itu, calon bertanding mengikut jantina adalah seperti lelaki 304 orang dan wanita 45 orang, manakala calon tertua 79 tahun di DUN Bawang Assan dan calon termuda 24 tahun di DUN N.11 Batu Lintang dan DUN N.5 Nangka masing-masing dari PKR dan PBK. 

Hadir sama Pengarah SPR Sarawak Jasni Jubli-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia