PRN12 Sarawak: Dato Gerawat Gala Dicabar 3 Calon Pembangkang

ISNIN, 6 DISEMBER 2021

MULU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu menyaksikan saingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Dato Gerawat Gala telah hadir bersama pencadang iaitu Anyi Ngau dan penyokong, Randie Bundan di Majlis Daerah Marudi pada pagi tadi.

Proses penamaan calon ini juga menyaksikan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Roland Engan, Parti Bumi Kenyalang (PBK) Ricard Ibuh dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) Son Radu.

Proses penamaan calon telah dijalankan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.

Kawasan Dewan Undangan Negeri N78 Mulu mempunyai seramai 9, 572 orang pengundi yang mana majoriti pengundi terdiri daripada kaum Orang Ulu diikuti dengan kaum Iban.

Sebagai rekod, dalam PRN-11 lepas, Dato Gerawat menang dengan majoriti 3,198 undi.-EDISI UKAS

add comment