PRN12 Sarawak: Dr Simon Sinang Bada Berdepan Saingan Empat Penjuru Di DUN N.21 Tebedu

ISNIN, 6 DISEMBER 2021

TEBEDU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dr Simon Sinang Bada berdepan saingan empat penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Tebedu untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12).

Beliau yang merupakan calon muka baharu bagi GPS bersaing dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senior William Rade, Parti Bumi Kenyalang (PBK), Jonathan Lantik O’K, Parti Sarawak Bersatu (PSB), Cheyne Kambeng @Raymond Achen dan Bebas, Roland Bangu.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN N.21 Tebedu, Joseph Liaw telah mengumumkan kesemua nama calon di Pejabat Daerah Tebedu pada pukul 10:47 pagi, pada isnin.

Sementara itu, tinjauan yang dilakukan mendapati proses penamaan calon berjalan dan dan tiada penolakan calon diumumkan.

Untuk rekod, seramai 12,118 orang pengundi berdaftar terdiri daripada  6143 atau 51 peratus pengundi lelaki, manakala 5,975 atau 49 peratus adalah pengundi wanita. –EDISI UKAS

add comment