PRN12 Sarawak: DUN N.71 Bekenu Menyaksikan Saingan 4 Penjuru

ISNIN, 6 DISEMBER 2021

BEKENU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  N.71 Bekenu menyaksikan saingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga penyandang DUN N.71 Bekenu Datuk Rosey Yunus telah hadir bersama pencadang Richard Pie dan penyokong Lukanisman Awang Sauni di Dewan Masyarakat Bekenu pagi tadi.

Proses penamaan calon ini juga menyaksikan calon-calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Norhafizah Mohammad Joharie, Parti Sarawak Bersatu (PSB) Abu Bakar Amit dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) Desmond Gani Pengiran turut mengemukakan borang pencalonan.

Pada PRN12 ini menyaksikan, jumlah pengundi di kawasan DUN N.71 Bekenu ialah seramai 12,674 orang pengundi.

Untuk rekod, pada PRN11 lepas Datuk Rosey Yunus menang di DUN N.71 Bekenu dengan majoriti 6,009 undi dengan jumlah keseluruhan pengundi iaitu 12,250.

Proses penamaan calon bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.56 pagi ini dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan berjalan dengan lancar.-EDISI UKAS

add comment