PRN12 Sarawak: Saingan Sengit 5 Penjuru Di DUN N.73 Piasau

ISNIN, 6 DISEMBER 2021

PIASAU: Persaingan sengit di Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau menyaksikan pertandingan 5 penjuru pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Penyandang, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) hadir bersama pencadang Dato Wee Han Wen dan penyokong Mohamed Abang Othman di Dewan Serbaguna, Tingkat 5 Kompleks Islam Sarawak Miri pagi tadi.

Dalam pada itu, turut menyaksikan calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) Teo Jia Jun, Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) Hanim Jaraee, Parti Bumi Kenyalang (PBK) Devora Chung Siew Yen dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Peter Hee Leh Keng.

Pada PRN11 Sarawak lepas menyaksikan penyandang Datuk Sebastian Ting menang majoriti dengan 7,799 undi.

Manakala, pada PRN12 Sarawak kali ini menyaksikan seramai 21,377 pengundi berdaftar akan turun mengundi pada 18 Disember nanti.-EDISI UKAS

add comment