Jawatankuasa Cawangan PBB Sebuyau Adakan Majlis Kesyukuran Sempena Pencalonan GPS

SELASA, 7 DISEMBER 2021

SEBUYAU:  Satu Majlis Kesyukuran telah diadakan bertempat di Majlis Baharu Sebuyau oleh Jawatankuasa Cawangan Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N27 Sebuyau pada Isnin sebagai tanda kesyukuran atas pencalonan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Calon GPS yang akan bertanding bagi kerusi DUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi hadir sejurus selepas selesainya penamaan calon di Pejabat Daerah Sebuyau.

Datuk Julaihi berkata, beliau amat menghargai usaha semua pihak dalam memastikan proses penamaan calon berjalan dengan lancar sekaligus berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan kepada beliau sebagai wakil parti GPS. -EDISI UKAS

add comment