Pemilihan Lidam Sebagai Calon GPS Di DUN Katibas Adalah Tepat 

SELASA, 7 DISEMBER 2021

SONG: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Lidam Assan perlu bekerja keras membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.62 Katibas apabila menang dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak kelak. 

Bercakap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Madarasah Kampung Gelam Song pada Selasa, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara ini tidak mustahil jika penduduk di Kampung Gelam Song terus memberikan sokongan kepada calon GPS. 

“Tahniah kepada Lidam Assan kerana telah dipilih sebagai calon GPS di DUN N.62 Katibas.

“Pemilihan Lidam adalah tepat kerana beliau memiliki kriteria yang sesuai sebagai pemimpin.

“Jika dipilih sebagai wakil rakyat di DUN N.62 Katibas, beliau perlu bekerja keras memajukan kawasan ini,” katanya. 

Sementara itu, Lidam dalam ucapannya menyeru sokongan dan undi daripada penduduk pada 18 Disember nanti. 

“Saya orang baharu dalam bidang politik, tetapi mempunyai keyakinan untuk membangunkan kawasan DUN N.62 Katibas di bawah lambang GPS.

“Teruskan menyokong GPS demi meneruskan pembangunan di DUN N.62 Katibas ini,” katanya. 

Pada majlis itu diserahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gelam Song sebanyak RM51,500. 

Turut sama hadir Penghulu Sulhi Ojek dan Ketua Kaum Hussin Damni.-EDISI UKAS

add comment