Peranan Jentera Parti Pertahankan Kepimpinan GPS

SELASA, 7 DISEMBER 2021

SEBUYAU:  Jentera parti di peringkat akar umbi memainkan peranan utama untuk menyebarluaskan inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi telah mengadakan sesi perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kampung Sungai Ladong Ranting A dan B, pada Selasa.

Semasa berucap, Datuk Julaihi memaklumkan bahawa masyarakat di kawasan itu perlu mempertahankan kepimpinan GPS bagi meneruskan kesinambungan pembangunan di kawasan Sebuyau.

Ujarnya, semua AJK harus membuat persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 kelak. -EDISI UKAS

add comment