Persatuan Kwang Tung Sarawak Sumbang PPE Kepada Hospital Umum Miri

SELASA, 7 DISEMBER 2021

MIRI: Persatuan Kwang Tung Sarawak telah menyumbangkan alat perlindungan diri kepada Hospital Umum Miri bagi membantu pertugas barisan hadapan dalam usaha memerangi COVID-19.

Dengan kos keseluruhan berjumlah RM10,000, sebanyak 1,830 unit ‘isolation gown’ 42g dan 3,640 unit ‘boot cover’ 40g telah diserahkan kepada Hospital Miri.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato’ Sri Lee Kim Shin dan Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah menyaksikan penyerahan tersebut kepada Hospital Umum Miri pada Ahad.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kwang Tung Sarawak, Tong Shih Yee berkata, sumbangan ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) persatuan dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada masyarakat.

Ujarnya lagi, Persatuan Kwang Tung Sarawak juga akan sentiasa terlibat dengan aktif dalam kegiatan amal untuk membantu masyarakat khususnya dalam usaha untuk membanteras pandemik COVID-19 ini.-EDISI UKAS

add comment