SELASA, 7 DISEMBER 2021
LUBOK ANTU: Saingan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.34 Batang Ai bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) menyaksikan empat penjuru bersaing iaitu membabitkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Bebas.
Ia melibatkan calon GPS, Malcolm Mussen Lamoh, calon PBK, Usup Asun, calon PSB, William@Nyallau Badak dan calon Bebas, John Linang Mereejon.
Kesemua nama calon telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN N.34, Richard Ngumbang di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu pada pukul 11 pagi Isnin.
Sementara itu, tinjauan yang dilakukan mendapati proses penamaan calon berjalan dan dan tiada penolakan calon diumumkan. –EDISI UKAS