PRN12 Sarawak: Datuk Talib Zulpilip Berdepan 3 Calon

SELASA, 7 DISEMBER 2021

BINTULU: Datuk Talib Zulpilip yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan berhadapan dengan tiga lagi calon dalam usahanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Beliau akan ditentang calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Bebas.

Dalam PRN12 Sarawak ini seramai 14,643 pengundi layak mengundi pada 18 Disember nanti.

Untuk rekod, Datuk Talib telah memenangi DUN Jepak dengan majoriti 6,342 undi.

Selepas proses penamaan calon itu, ketika ditemui media Datuk Talib berharap jumlah pengundi yang akan turun mengundi kelak akan bertambah.

Bercakap mengenai projek, beliau memberitahu, banyak projek yang telah dilaksanakan seperti Projek Jepak Jaya iaitu satu projek besar yang akan dijayakan.

“Sebelum ini banyak projek pembangunan seperti jalan, dewan, jambatan dan lain-lain yang telah dibina.

“Terima kasih kepada Kerajaan GPS selama ini. Sekarang masa untuk meneruskan pembangunan yang dirancang Kerajaan GPS di bawah Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Jo.

“Jangan kita salah pilih jika salah pilih kita juga akan rugi,” katanya.-EDISI UKAS

add comment