PRN12 Sarawak: Penyandang Kerusi DUN Kakus Dicabar 5 Calon

SELASA, 7 DISEMBER 2021

TATAU: Penyandang Datuk John Sikie Tayai dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan ditentang 5 calon lain dalam usahanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.60 Kakus pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak. 

Pada PRN11 Sarawak menyaksikan Datuk John Sikie menang dengan majoriti 5,211. 

Dalam pada itu, calon lain yang bertanding di DUN N.60 Kakus ialah Joshua Jabeng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ugik Selipeh dan Tiun Kanun dari Bebas, Philip Kelanang Diung dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Peter Tuan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN N.60 Kakus Jabang Juntan telah mengesahkan pertandingan 6 penjuru di DUN Kakus bertempat di Dewan Sukan Tatau pada Isnin.

Seramai 14,416 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam pengundian di DUN N.60 Kakus pada PRN12 Sarawak kali ini. -EDISI UKAS

add comment