RABU, 8 DISEMBER 2021
KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki turun padang menyantuni pengusaha gerai dan pelanggan di Diner, Jalan Haji Mataim, pada Selasa.
Ia adalah merupakan sesi ‘walkabout’ beliau bagi merancakkan aktiviti bersempena Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) di kawasan tersebut.
Dato Ibrahim disambut mesra oleh pengusaha gerai dan pelanggan di kedai berkenaan. –EDISI UKAS