Khere Chiang Santuni Peniaga, Pengunjung di Pasar Maong, Batu Tiga

RABU,8 DISEMBER 2021

BATU KITANG: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang bersama jenteranya turun padang menyantuni peniaga-peniaga dan pengunjung di Pasar Maong, Batu Tiga pada Selasa.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah mengedar pelitup muka, pelekat lambang GPS dan risalah kepada para peniaga dan pengunjung disitu.

Khere Chiang dalam pada itu menyeru para pengundi yang layak dan telah mendaftar untuk memberikan sokongan kepadanya dengan keluar mengundi pada 18 Disember nanti. – EDISI UKAS

add comment