PRN12 Sarawak: BERSATU Sarawak Beri Sokongan Penuh Terhadap Calon GPS DUN Tanjong Batu

RABU, 8 DISEMBER 2021

TANJONG BATU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak menyatakan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak ini.

Ini selepas Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian menyantuni calon GPS Dewan Undangan Negeri (DUN) N.68 Tanjung Batu, Johnny Pang Leong Ming di bilik gerakan parti tersebut di Bintulu Sentral pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Penerangan BERSATU Sarawak, Duke Janteng bersama beberapa ahli BERSATU Sarawak dan Cawangan Bintulu turut mengunjungi dan menyatakan sokongan terhadap Johnny Pang dalam memastikan calon GPS DUN Tanjung Batu itu memperoleh kemenangan pada PRN12 Sarawak kali ini.

Pada PRN12 Sarawak, kerusi DUN Tanjung Batu menyaksikan pertembungan enam penjuru di antara Calon GPS yang akan ditentang calon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) dan BEBAS.-EDISI UKAS

add comment