SABATI Sumbang Kerusi Roda Dan Peralatan Pejabat 

RABU, 8 DISEMBER 2021

TATAU: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) telah menyerahkan bantuan berupa kerusi roda dan peralatan pejabat kepada penduduk di Dewan Masyarakat, Kampung Dagang, Tatau pada Selasa.

Mewakili SABATI, Datin Melia Gelen telah menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada warga emas yang diwakili wakilnya di Rumah Ado, Kakus.

Selain itu, SABATi turut menyampaikan sumbangan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sinaran Kasih Tatau. 

Turut sama dalam program itu Persatuan Wanita Daerah Tatau.-EDISI UKAS

add comment