SABATI Sumbang Kerusi Roda Kepada Sibat

RABU, 8 DISEMBER 2021

TATAU: Menyedari keperluan penduduk yang memerlukan bantuan, Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) telah menyerahkan kerusi roda kepada Sibat Sanggau dari Rumah Enggul, Selitut Tatau pada Selasa. 

Beliau yang menghidap penyakit tua telah menyebabkan dirinya tidak dapat berjalan.

Ketika ditemui, Sibat mengucapkan terima kasih kepada SABATI yang diwakili Datin Melia Gelen yang menyerahkan kerusi roda kepadanya untuk kegunaan seharian. 

Hadir sama calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai.-EDISI UKAS

add comment