38 Premis Jalani Pemeriksaan Pematuhan SOP PPN Fasa Tiga Di Sarikei

KHAMIS, 09 DISEMBER 2021

SARIKEI : Sebanyak 38 premis telah menjalani pemeriksaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Pelan Pemulihan Nasional (PPN) Fasa Tiga oleh Majlis Daerah Sarikei (MDS) di sekitar kawasan Jakar, Sarikei pada Rabu.

Hasil pemeriksaan mendapati, kebanyakan premis yang diperiksa mematuhi SOP yang ditetapkan, malah orang awam juga didapati memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada di tempat awam.

Sementara itu, MDS turut dibantu beberapa pegawai dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM), petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).-EDISI UKAS

add comment