PRN-12 Sarawak: James Nyuking Kini Sertai GPS, Sokong Penuh Pencalonan John Ilus Bagi DUN Bukit Semuja

JUMAAT, 10 DISEMBER 2021

SERIAN : Bekas bakal calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) bagi kawasan DUN Bukit Semuja, James Nyuking, mengistiharkan beliau menyokong penuh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), John Ilus dan telah menyertai Parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Bukit Semuja pada Jumaat. 

Beliau memaklumkan tidak akan berbelah bahagi menyokong penuh GPS yang terbukti telah membawa banyak perubahan pembangunan dan kesejahteraan rakyat yang adil di Bukit Semuja. 

Dalam temubual ringkasnya bertempat di Berambeh Center Ranchan, beliau turut menyarankan seramai lebih kurang 2,680 ahli Parti Aspirasi untuk sama-sama menyokong dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada John Ilus, sebagai penyandang kerusi DUN Bukit Semuja. 

Katanya, dengan kerjasama yang padu ini akan memberi kemenangan kepada calon GPS di Bukit Semuja demi meneruskan dasar dan agenda pembangunan di kawasan ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumi Putera Bersatu (PBB) Bukit Semuja,Thaddeus Atek, Naib Ketua Cawangan PBB Bukit Semuja,Franchis Linjas, Setiausaha PBB Cawangan Bukit Semuja, Awg Raduan Awg Idi dan Timbalan Ketua Wanita PBB Bukit Semuja,Rokiah Daraiee. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia