PRN12 Sarawak: Calon GPS DUN Ba’kelalan Dekati KMKK Kawasan Daerah Kecil Trusan

SABTU, 11 DISEMBER 2021

LAWAS: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dewan Undangan Negeri (DUN) N81 Ba’kelalan Sam Laya telah melakukan perjumpaan bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Daerah Kecil Trusan.

Perjumpaan tersebut telah diadakan di Hotel Seri Malaysia pada Jumaat.

Ia bertujuan untuk berkongsi pandangan berkenaan perkembangan pilihan raya ini khususnya di kawasan DUN N81 Ba’kelalan.

Dalam pada itu, sesi dialog ini juga diadakan untuk memperkukuhkan hubungan di antara kedua-dua pihak serta mengajak anak buah khususnya pengundi dari kampung masing-masing untuk mengundi secara bijaksana kelak.-EDISI UKAS

add comment