Program Segar@Mesra Beri Manfaat Kepada Pengeluar Tanpa Penglibatan Orang Tengah

SABTU, 11 DISEMBER 2021

SIBU: Program Segar@Mesra di Sarawak diadakan bertujuan menyediakan terus produk pertanian dan segar beku daripada pengeluar kepada pengguna.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, program telah mula diperkenalkan di Semenanjung Malaysia pada awal tahun ini dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengeluar dan masyarakat.

“Program ini menyediakan platform pemasaran produk pertanian dan segar beku terus daripada pengeluar kepada pengguna di mana produk-produk seperti ikan, hasil ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan segar dipasarkan bagi manfaat pengguna tanpa penglibatan orang tengah.

“Inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama di antara KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Petronas Dagangan Berhad (PDB) dengan objektif untuk menyediakan akses yang mudah kepada pengguna untuk mendapatkan produk-produk pertanian dan segar beku,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Pelancaran Peluasan Program Segar@Malaysia Di Negeri Sarawak di Stesen Petronas, Lanang Barat, Sibu pada Sabtu.

Sehingga kini sebanyak 38 buah stesen Petronas di Semenanjung Malaysia yang terlibat dengan Program Segar@Mesra ini dengan sokongan Agensi-agensi di bawah MAFI iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Tambah Dato’ Sri Alexander lagi, bermula Disember 2021 Program Segar@Mesra akan diperluaskan lke 4 stesen Petronas di Sarawak iaitu Stesen Petronas Lanang Barat dan Stesen Petronas Lanang 2 di Sibu serta Stesen Petronas Matang Jaya dan Stesen Petronas Astana di Kuching.

“Bagi Program Segar@Mesra di Sarawak akan menawarkan dua kategori produk iaitu Ayam Permata yang dikeluarkan Syarikat Comerich Sdn Bhd dan ikan yang dibekalkan Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (PANESA).

“Ayam Permata ini merupakan produk yang dikeluarkan di bawah inisiatif Sarawak Economy Development Corporation (SEDC) bagi membantu penternak tempatan menembusi pasaran halal di negeri ini.

“Manakala, PENESA pula akan membekalkan pelbagai jenis ikan segar beku di bawah jenama Q-Fish yang menggunakan teknologi Individual Quick Freezing (IQF),” tambahnya.

Melalui inisiatif dan kerjasama strategik ini akan mengembangkan pasaran produk-produk tempatan secara berterusan dan perusahaan ini akan lebih berdaya maju.Majlis Pelancaran Segar@Mesra di Sarawak yg sebentar lagi akan dirasmikan oleh YBM 11Dis2021 di Stesen Petronas, Lanang Barat, Sibu, Sarawak.-EDISI UKAS

add comment