AHAD, 12 DISEMBER 2021
SARIKEI: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah mengadakan program tinjauan mesra di sekitar Bandar Sarikei pada Sabtu.
Program tinjauan mesra ini merupakan kali yang kedua diadakan bertujuan mendekati rakyat dan pengundi di kawasan bandar Sarikei.
Sementara itu, pihak SUPP dilihat bijak merancang program semasa tempoh berkempen di mana pada sebelah pagi program diadakan di kawasan bandar kerana pada sebelah pagi ramai pengundi berada di kawasan bandar.
Manakala pada sebelah petang, SUPP mengadakan aktiviti ceramah kempen di setiap rumah panjang di DUN Repok kerana pengundi di rumah panjang ramai pada sebelah petang setelah pulang bekerja.
Sementara itu, pogram mendapat reaksi yang positif di mana rata-rata masyarakat yang ditemui memuji Dato’ Sri Huang yang banyak membawa pembangunan dan sumbangan terhadap Sarikei.
Dato’ Sri Huang dilihat bergerak setelah mendapat permit daripada pihak polis dan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam waktu berkempen iaitu hanya tiga orang dibenarkan untuk bergerak dikawasan bandar termasuk calon.-EDISI UKAS