Calon GPS N.13 Batu Kitang Santuni Orang Awam Di Pasar Sungai Maong Batu 3

AHAD, 12 DISEMBER 2021

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Batu Kitang, Lo Khere Chiang turun padang menyantuni masyarakat di kawasan Pasar Sungai Maong Batu 3, pada Ahad.

Beliau turut berkesempatan beramah mesra dengan masyarakat setempat dan membeli barangan di pasar berkenaan.

Orang ramai juga sempat meluangkan masa dengan beliau dengan berkongsikan permasalahan yang dihadapi mereka di kawasan tersebut. -EDISI UKAS

add comment