Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri Raikan Perayaan Winter Solstice

AHAD, 12 DISEMBER 2021

MIRI: Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri (Wanita) telah menganjurkan majlis bagi menyambut perayaan Winter Solstice (Tang Yuen) di Dewan Persatuan Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri pada Ahad.

Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.75 Senadin, Dato’ Sri Lee Kim Shin telah hadir ke majlis tersebut.

Beliau berkata, perayaan ini merupakan aktiviti tahunan bagi Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri (Wanita) sebelum ini, namun disebabkan pandemik COVID-19, program aktiviti ini telah ditangguh selama dua tahun.

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak juga calon GPS DUN N.73 Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Datuk Bandaraya Miri yang juga calon GPS DUN N.74 Pujut Adam Yii Siew Sang dan Presiden Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri Datuk David Goh.-EDISI UKAS

add comment