Ahli Parlimen Santubong Yakin Kemampuan Calon GPS N.3 Tanjong Datu

ISNIN, 13 DISEMBER 2021

SEMATAN: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) N.3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkemampuan dan cukup matang untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak pada 18 Disember kelak.

Demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) merangkap Ahli Parlimen Santubong, Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam Program Sesi Libat Urus bersama Masyarakat Zon Sematan pada Ahad.

Menurutnya, beliau cukup yakin bahawa pengundi di DUN N.3 Tanjong Datu akan menentukan wakil rakyat yang layak serta berkaliber dalam memimpin kawasan tersebut.

Justeru, beliau menggesa agar penduduk di situ untuk memberi sokongan padu kepada Azizul.

Dalam majlis sama, turut diserahkan hadiah-hadiah bagi pencapaian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kampung-kampung Melayu, Selako dan Cina di dalam zon Sematan.-EDISI UKAS

add comment